Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

UMNO Kedah mahu kerajaan negeri menarik balik larangan terhadap media

| | Thursday, November 11, 2010
|

Kerajaan Kedah diminta tarik kembali larangan liputan media

11/11/2010 5:39pm

ALOR SETAR 11 Nov. - UMNO Kedah mahu kerajaan negeri menarik kembali larangan terhadap media tertentu daripada membuat liputan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri mulai Ahad hingga Selasa ini.

Sekiranya larangan itu tidak ditarik balik, Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) akan membawa usul pada persidangan itu supaya semua media dibenarkan membuat liputan tanpa sebarang pengecualian.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, larangan berkenaan adalah satu tindakan yang menyekat kebebasan media untuk membuat laporan dan menunjukkan sikap permusuhan kerajaan negeri dengan media tertentu.

Katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini media dihalang daripada membuat laporan persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Sekatan terhadap kebebasan media amat dikesalkan dan ia merupakan satu pencabulan Pas terhadap kebebasan media,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata mengulas larangan kerajaan negeri terhadap TV3, TV9, NTV7, RTM, Astro Awani, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro daripada membuat liputan sidang berkenaan atas alasan “putar belit dan berita biadap pihak media terhadap kerajaan negeri”. - Bernama


0 comments:

Post a Comment

 

Labels