Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Banjir di Kedah, Perlis MAKIN PULIH

| | Thursday, November 11, 2010
|











Banjir di Kedah, Perlis makin pulih

ALOR SETAR 10 Nov. - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di 24 pusat pemindahan banjir berkurangan kepada 11,495 berbanding 16,915 petang kelmarin.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 7,208 daripada 1,829 keluarga manakala di Kubang Pasu seramai 4,287 daripada 1,221 keluarga.

Jurucakap itu berkata, sebanyak 24 pusat pemindahan masih dibuka 14 daripadanya di Kota Setar dan 10 di Kubang Pasu.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Khas Banjir negeri akan mengadakan mesyuarat pertama Jumaat ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pendaftaran dan bantuan pasca banjir kepada mangsa.

Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, mesyuarat itu akan dihadiri oleh jabatan kerajaan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) serta wakil rakyat.

Sementara itu di KANGAR, keadaan kawasan yang dilanda banjir di Perlis semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 1 tengah hari ini hanya 1,367 mangsa daripada 280 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan itu.

Beliau berkata, hanya 11 pusat pemindahan yang masih beroperasi di negeri ini terutama di daerah ini.


0 comments:

Post a Comment

 

Labels