Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Rakyat P. Pinang kecewa

| | Thursday, November 11, 2010
|

Rakyat P. Pinang kecewa kerajaan gagal bangunkan ekonomi

BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Rakyat negeri ini kecewa dengan kegagalan kerajaan DAP untuk membangunkan ekonomi sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan perindustrian yang selama ini menjadi nadi utama pembangunan negeri ini.

Kakitangan swasta, Wan Nuratiqah Wan Adnan, 25, berkata, adalah amat malang sekiranya reputasi Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan terkenal tidak digilap dan dibangunkan kerana ia akhirnya akan merugikan rakyat.

''Harus diakui Pulau Pinang tidak lagi popular seperti dulu dan saya fikir kerajaan negeri wajar mengambil langkah-langkah pembaharuan kalau tidak mahu melihat industri pelancongan terus malap," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Teong Keong semalam menyelar kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa tidak memberikan maklumat yang betul mengenai industri pelancongan di negeri itu.

Sebelum ini katanya, Guan Eng mendakwa industri pelancongan di Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, namun kini kerajaan DAP sendiri gagal memperkenalkan program baru sebaliknya bergantung pada program yang sudah diwujudkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Malah, kerajaan DAP juga gagal mempromosikan Georgetown sebagai tapak warisan dunia.

Bagi pengamal undang-undang, Ahamad Ansor, 38, kritikan terhadap kepimpinan Guan Eng mengenai kegagalan dalam membangunkan ekonomi rakyat perlu diberi perhatian sewajarnya.

''Sebenarnya ia bukan hanya berkisar soal pelancongan semata-mata sebaliknya perlu dilihat dari aspek pembangunan sektor industri yang selama ini menjadi antara penyumbang utama sektor ekonomi negeri," katanya.

Pandangan itu disokong Tang Siew Wah, 40, yang berpendapat, kerajaan negeri perlu berhenti daripada terus bermain politik sebaliknya menumpukan perhatian terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Juruperunding swasta, Kamil Kamaruddin, 32, pula berpendapat, kerajaan negeri perlu ikhlas menerima hakikat bahawa sektor ekonomi terutamanya industri pelancongan Pulau Pinang sedang merudum dan mesti berusaha membaikinya.

Peniaga, M.K Suresh, 40, berkata, rakyat sudah terlalu bosan dengan politiking yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri kerana ia hanya merencatkan keperluan untuk membangunkan ekonomi.


INFONEWS-UTUSAN


0 comments:

Post a Comment

 

Labels