Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Senator digesa tidak berpihak

| 0 comments | Sunday, September 12, 2010
|

Senator digesa tidak berpihak


(Dari kiri) Datuk Musa Sheikh Fadzir, Abu Zahar Ujang, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Maznah Mazlan hadir di Majlis Perpisahan 17 orang ahli Dewan Negara di Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Para senator digesa supaya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik ketika membahaskan rang undang-undang yang dibentangkan untuk diluluskan Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, walaupun ada yang memegang jawatan tinggi dalam parti tertentu, perbahasan mereka sepatutnya berkisar kepada isu yang penting untuk masyarakat dan negara tanpa dipengaruhi fahaman politik masing-masing.

"Sepatutnya perbahasan di Dewan Negara ditumpukan kepada subjek yang ada di hadapan kita tanpa mengira fahaman politik kerana pelantikan ke Dewan ini dibuat secara terus tanpa melalui pilihan raya.

"Ini berbeza dengan Dewan Rakyat apabila ahli-ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya akan mengemukakan pandangan yang banyak dipengaruhi pendirian parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan 17 senator yang telah atau akan menamatkan perkhidmatan mereka di Dewan Bankuet bangunan Parlimen di sini hari ini.

Antara senator terlibat, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Datuk Kamarudin Ambok, Datuk Abdul Rashid Ngah dan Datuk Roslan Awang Chik.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; timbalannya, Datuk Armani Mahiruddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Menurut Mohamed Nazri, kerajaan memandang serius segala cadangan dan teguran yang dibuat oleh semua senator dan beliau sendiri sentiasa menyampaikannya untuk pengetahuan mesyuarat Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Abu Zahar dalam ucapannya memuji para senator kerana menunjukkan prestasi yang amat memuaskan ketika berbahas pada sidang Dewan.

"Nampaknya penglibatan ahli-ahli Dewan Negara cukup aktif dengan ramai yang mahu bercakap sehingga sidang terpaksa dilanjutkan ke lewat malam.

"Saya juga mahu mengingatkan bahawa kita para senator adalah satu Ahli Dewan Negara dan satu kumpulan serta bukannya mewakili parti politik tertentu ketika menghadiri sidang ini," katanya.

Sementara itu, Musa dalam ucapan bagi mewakili para senator berkenaan, meminta menteri dan timbalan menteri supaya tidak berkecil hati dengan teguran yang dibuat oleh beliau dan ahli Dewan Negara lain kerana ia bertujuan meningkatkan mutu sidang itu.

Beliau berkata, teguran dibuat kerana terdapat di kalangan menteri dan timbalan menteri yang menjawab soalan secara panjang lebar dan retorik tanpa menyentuh isu sebenar yang dibangkitkan.

Bagaimanapun beliau memuji sikap sesetengah menteri dan timbalan menteri yang membuat persediaan secukupnya dan dapat memberi jawapan secara spontan tanpa merujuk kepada teks yang disediakan.


p/s: ada kebenaran nya"dimana seorang pemimpin semula jadi adalah org yang

bukan jenis memilih atau jenis berpihak disatu tempat"dia mesti lah mempunyai pendirian"

yang tinggi"sebab mereka adalah idola yang contoh pada masyarakat dan generasi.

kerana sifat kepimpinan akan membawa mereka untuk memimpin negara dan masyarakat ke jalan yang dituju.


Empat akta untuk lamanweb dari malaysia

| 0 comments |
|

Empat akta kawal maklumat laman web

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Semua jenis kandungan berangkai termasuk laman web di Internet tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

''AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233.

''Ia melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam pada sidang Dewan Negara hari ini.

Malasingam mahu mendapatkan penjelasan tentang mekanisme yang disediakan bagi menangani trend dan paradigma kehidupan terutama keruntuhan moral di bandar mahupun luar bandar akibat ledakan jalur lebar.

Tambah Rais, sebarang tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah berdasarkan kandungan yang mempunyai unsur-unsur maksiat atau berita yang tidak menyenangkan.

''Bukan jalur lebar yang perlu dipersalahkan atau dianggap sebagai penyalur maksiat dan berita-berita yang tidak menyenangkan tetapi kandungan sesuatu jaringan," katanya.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 405 aduan diterima melibatkan kandungan yang mengandungi unsur lucah iaitu sebanyak 207, mengancam atau bersifat jelik (196) dan dua kes mengenai sumber-sumber palsu dan sumbang.

''Ia jelas membuktikan bahawa SKMM sememangnya bertindak tegas terhadap kesalahan-kesalahan seperti ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, kewujudan kafe siber adalah di bawah tugas dan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan.

''Sekiranya terdapat aduan mengenai kandungan di dalam komputer di pusat berkenaan yang menyalahi undang-undang, SKMM berhak mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan," jelasnya.


p/s:so awas pada mereka yang melakukan jenayah ini"marilah kita sama-sama menjaga nama

baik negara kita"jgn ingat pocket jer'sampai maruah negara tercicir"cian anak cucu kita'

jgn nanti anak kita pergi luar negara"bila org sana tanya"

where are you from?'(matsaleh)

i'm from malaysia" (anak kamu)

owh! that sex maniac country huh"(matsaleh)

p/s:cuba renung-renungkan..

hari raya bersama airmata

| 0 comments |
|

21 maut hari raya pertama






















KUALA LUMPUR 11 Sept. – Hari raya Aidilfitri pertama yang disambut semalam, menyaksikan 21 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Angka kematian terbaru dilaporkan ini, sekali gus menjadikan jumlah korban jalan raya dalam Ops Sikap Ke-22, meningkat kepada 139 orang sejak dilancarkan lapan hari lalu.

Kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini menyatakan, golongan penunggang dan pembonceng motosikal terus mendahului senarai korban tertinggi dengan mencatatkan 13 kematian.

Katanya, lapan kematian lagi membabitkan pemandu dan penumpang kereta.

Secara keseluruhannya, kata kenyataan itu, 1,001 kes kemalangan dilaporkan berlaku pada hari kelapan Ops Sikap Ke-22 semalam.

“Jalan persekutuan merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 408 kes, diikuti 255 kes di jalan bandaran, jalan negeri (184 kes), lebuh raya (99 kes) dan lain-lain jalan (55 kes).

“Kemalangan maut pula mencatatkan 17 kes dengan lapan kes dilaporkan berlaku di jalan persekutuan, empat kes di jalan negeri, masing-masing dua kes di lebuh raya dan jalan bandaran serta satu kes di lain-lain jalan,” ujar kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, daripada 21 kematian direkodkan semalam, 10 mangsa maut di jalan persekutuan diikuti masing-masing empat kes di lebuh raya dan jalan negeri, dua kes di jalan bandaran serta satu kes di lain-lain jalan.

Dalam tempoh 24 jam semalam, polis mengeluarkan 4,907 saman kepada pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.


p/s: kenapa mesti kadar kemalangan meningkat bila tiba hari raya?

apakah sifat pemandu jalan raya malaysia memang suka pandu laju?

atau pemandu malaysia memang jenis yang cuai?

kalau lah ini yang berlaku pada anda "siapa yang akan dipersalahkan?


Tiada tolak ansur pihak yang sentuh soal asas pembangunan bangsa

| 0 comments |
|

Tiada tolak ansur pihak yang sentuh soal asas pembangunan bangsa


MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman beramah mesra dengan kanak-kanak di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Muar semalam. Lebih 10,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut.


PAGOH 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang terus menyentuh soal pokok dan asas pembangunan bangsa Malaysia walaupun tujuannya untuk memperjuangkan hak atau kepentingan kaum tertentu.

Beliau menegaskan, perbuatan seperti itu tidak harus dilakukan walaupun atas nama perjuangan kerana kepentingan yang lebih besar perlu diutamakan dan bukan kelompok tertentu sahaja.

"Ini penting dalam mengekalkan kesejahteraan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Jadi, bila ada beberapa kenyataan yang boleh menyentuh soal pokok dan pembangunan bangsa Malaysia, kerajaan takkan bertolak ansur.

"Kita mahu perkara seperti ini tidak dilakukan. Kita nak kekalkan kedudukan yang baik seperti (sebelum) ini dan jangan ada pihak yang cuba rosakkan. Walaupun ada tujuan dan perjuangan, tetapi apa pun tidak boleh mengetepikan kepentingan lebih besar, kepentingan nasional dan kepentingan semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Turut meluangkan masa mengunjungi majlis berkenaan ialah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latif Ahmad dan wakil rakyat serta pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) Johor.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kepentingan semua kaum perlu didahulukan dan bukan tertumpu kepada perjuangan sempit untuk manfaat golongan tertentu sahaja.

''Walaupun kita nak perjuangkan kaum kita, tetapi harus hormati kepentingan kaum lain supaya tidak timbul perasaan kebencian dan tidak menghormati. Hal-hal sebegini kita mahu jauhkan," katanya.

Menurutnya, BN telah 53 tahun berjaya mengekalkan keamanan serta kesejahteraan dan semua pihak diingatkan supaya mengikis semangat berpuak-puak atau kesukuan.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat supaya menghayati nilai-nilai positif yang terdapat dalam konsep rumah terbuka kerana ia mempunyai semangat 1Malaysia.

Katanya, semangat serta nilai-nilai murni seperti tidak mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat harus diterjemahkan bukan sahaja ketika rumah terbuka tetapi juga pada hari biasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konsep rumah terbuka bukan sahaja dapat diterima oleh semua lapisan kaum, malah turut dikagumi pelancong asing kerana rakyat Malaysia saling meraikan perayaan sesuatu kaum dengan tradisi kunjung mengunjungi dan hormat menghormati.


 

Labels