Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Tiada tolak ansur pihak yang sentuh soal asas pembangunan bangsa

| | Sunday, September 12, 2010
|

Tiada tolak ansur pihak yang sentuh soal asas pembangunan bangsa


MUHYIDDIN Yassin bersama Noorainee Abdul Rahman beramah mesra dengan kanak-kanak di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Muar semalam. Lebih 10,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut.


PAGOH 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang terus menyentuh soal pokok dan asas pembangunan bangsa Malaysia walaupun tujuannya untuk memperjuangkan hak atau kepentingan kaum tertentu.

Beliau menegaskan, perbuatan seperti itu tidak harus dilakukan walaupun atas nama perjuangan kerana kepentingan yang lebih besar perlu diutamakan dan bukan kelompok tertentu sahaja.

"Ini penting dalam mengekalkan kesejahteraan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Jadi, bila ada beberapa kenyataan yang boleh menyentuh soal pokok dan pembangunan bangsa Malaysia, kerajaan takkan bertolak ansur.

"Kita mahu perkara seperti ini tidak dilakukan. Kita nak kekalkan kedudukan yang baik seperti (sebelum) ini dan jangan ada pihak yang cuba rosakkan. Walaupun ada tujuan dan perjuangan, tetapi apa pun tidak boleh mengetepikan kepentingan lebih besar, kepentingan nasional dan kepentingan semua kaum," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akbar sempena majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.

Turut meluangkan masa mengunjungi majlis berkenaan ialah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Latif Ahmad dan wakil rakyat serta pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) Johor.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kepentingan semua kaum perlu didahulukan dan bukan tertumpu kepada perjuangan sempit untuk manfaat golongan tertentu sahaja.

''Walaupun kita nak perjuangkan kaum kita, tetapi harus hormati kepentingan kaum lain supaya tidak timbul perasaan kebencian dan tidak menghormati. Hal-hal sebegini kita mahu jauhkan," katanya.

Menurutnya, BN telah 53 tahun berjaya mengekalkan keamanan serta kesejahteraan dan semua pihak diingatkan supaya mengikis semangat berpuak-puak atau kesukuan.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat supaya menghayati nilai-nilai positif yang terdapat dalam konsep rumah terbuka kerana ia mempunyai semangat 1Malaysia.

Katanya, semangat serta nilai-nilai murni seperti tidak mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat harus diterjemahkan bukan sahaja ketika rumah terbuka tetapi juga pada hari biasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konsep rumah terbuka bukan sahaja dapat diterima oleh semua lapisan kaum, malah turut dikagumi pelancong asing kerana rakyat Malaysia saling meraikan perayaan sesuatu kaum dengan tradisi kunjung mengunjungi dan hormat menghormati.


0 comments:

Post a Comment

 

Labels