Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

OPS Sikap Ke-21 tumpu 17 jalan 'sakaratul maut'

| | Wednesday, August 11, 2010
|















JOHOR BAHRU 10 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan memulakan OPS Sikap Ke-21 menjelang musim perayaan ini dengan fokus utamanya di 17 jalan 'sakaratul maut' yang sering berlaku kemalangan maut.

Pengarah JPJ negeri, Mohd. Rosli Ramli berkata, operasi yang dijangka bermula pada 5 September dan berakhir dua minggu kemudian itu bakal disertai 198 anggota dan pegawai yang dibahagikan kepada 47 kumpulan mengikut lokasi ditetapkan.

Beliau berkata, jalan-jalan berkenaan diberi gelaran demikian kerana ia merupakan kawasan tumpuan kemalangan sehingga menyebabkan banyak kematian di Johor.

"Tarikh sebenar masih belum ditetapkan tetapi pada kebiasaannya akan dimulakan seminggu sebelum musim perayaan dan berakhir dalam tempoh dua minggu kemudian.

"Berdasarkan statistik kemalangan yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 23,825 kemalangan dicatatkan dengan 408 kematian di seluruh negeri ini. Kebanyakannya berlaku di jalan-jalan 'sakaratul maut' ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Jalur Gemilang, di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini hari ini.

Antara jalan yang diklasifikasikan sebagai jalan 'sakaratul maut' ialah beberapa jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran di beberapa kawasan merangkumi Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Segamat, Mersing, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing.

JPJ negeri akan turut mengadakan rondaan selama 24 jam di kawasan-kawasan tersebut dan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi mengikut kesesuaian masa serta keadaan.

Mohd. Rosli berkata, OPS Sikap Ke-12 itu juga akan turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan lain termasuk PDRM dari bahagian trafik dan narkotik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan fokus kepada tujuh kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan iaitu memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, memandu dalam keadaan berbahaya, menggunakan laluan kecemasan, memotong barisan ketika memandu dan mengikuti kenderaan dengan terlalu rapat.

"Pemandu yang didapati melakukan mana-mana kesalahan yang disebutkan ini akan diberikan kompaun maksimum RM300 dan pihak kami tidak akan bertolak ansur kerana kesalahan berkenaan melibatkan nyawa pemandu lain.

"Selain itu kesalahan tidak memakai topi keledar yang sempurna dan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu juga akan dikenakan kompaun maksimum," tegasnya.


p/s:

Baru sahaja "masyarakat sibuk bercerita tentang SAMAN EKOR" tetang sistem diguna pakai pihak polis. ingatkan makin kurang lah kalau polis kurangkan buat speed trap'tapi sebalik nya..

kenapa orang ramai masih lagi kurang faham akan tindakan pihak polis.untuk menadakan speedtrap?

bila speed trap tiada'org ramai akan sesuka hati'memandu laju.dilebuh raya.

(mengunakan handphone)dan sebagainya.maka akan berlakulah kelalaian.

bila ini terjadi.siapa pula akan dipersalahkan bila kemalangan berlaku"

salah pihak hospital pula ke atas kelewatan service menyelamat mereka"atau..apa-apa lagi..

yang nyata manusia hanya sering suka menunding jari dan pandang lewa."akan sesuatu topic itu'

"selagi ia tak mengganggu periuk nasi sudah lah'aku tak kisah"

apa kah ini diri anda..'??

bagai mana pula kalau kemalangan itu ialah anda.atau saudara anda?


0 comments:

Post a Comment

 

Labels