Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

MERDEKA

| | Wednesday, August 11, 2010
|




































Budayakan kemerdekaan rakyat Malaysia

TIDAK mungkin ada hari ini tanpa hari semalam dan begitulah juga tidak mungkin negara ini mencapai kemerdekaan tanpa perjuangan pahlawan negara 53 tahun lalu. Namun, tidak ramai daripada kita yang benar-benar menghayati perjuangan pahlawan negara serta apa yang telah dikorbankan untuk membebaskan negara ini daripada cengkaman penjajah.

Kerana itu meskipun kita sudah berada pada hari ketujuh dalam bulan kemerdekaan, semangat patriotisme dan nasionalisme itu tidak begitu terasa. Baik di kalangan orang ramai, sektor awam mahu pun swasta, inisiatif kecil seperti mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara tidak begitu bersemarak. Seolah-olah tema sambutan kali ini, '1Malaysia Menjana Transformasi' tidak membawa sebarang makna untuk diketengahkan kepada orang ramai.

Media massa seperti media cetak dan media elektronik juga tidak banyak membantu. Boleh dikatakan, tiada langsung program televisyen atau lagu-lagu berunsurkan patriotik dimainkan dan disiarkan sehingga kini meskipun sambutan perayaan bulan kemerdekaan sudah dilancarkan seminggu lalu.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah sambutan kemerdekaan itu sekadar mengibarkan Jalur Gemilang atau menyanyikan lagu berunsurkan patriotik semata-mata? Sudah semestinya, kemerdekaan adalah sesuatu yang jauh lebih besar dan bermakna daripada itu.

Ia adalah tentang pengorbanan tenaga, darah dan air mata yang merentasi usaha perjuangan dalam tempoh yang terlalu panjang. Tetapi pengorbanan seperti itu tidak dilalui oleh sebahagian besar daripada kita yang merupakan generasi selepas merdeka.

Maka, makna kemerdekaan itu sendiri bagi generasi baru sudah tidak lagi sama dan perlu ditafsir dari sudut serta dimensi yang berbeza. Jika mengibarkan bendera dan memutarkan lagu serta program berunsurkan patriotik boleh menyuntik perasaan cintakan negara, mengapa tidak diperhebatkan sehingga menjadi satu budaya? Usaha yang mungkin kelihatan kecil dan remeh ini sebenarnya mempunyai pengaruh serta kesan yang sangat besar.

Ia boleh menjadi penyambung kepada semangat patriotisme dan nasionalisme yang pernah membara dalam diri pejuang kemerdekaan silam. Perkara yang sama turut dikongsi pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Dr. Asri Salleh. Lebih jauh tambah beliau, patriotisme juga adalah mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam politik dan aktiviti kenegaraan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kempen intensif pendaftaran pengundi baru, pendaftaran MyKad, perhimpunan raksaksa program kenegaraan, kempen mengenali Perlembagaan dan sebagainya.

Program-program ini pula mestilah bertunjangkan kepada tiga paksi iaitu penggunaan media alaf baru menerusi medium Internet serta penglibatan golongan sasar seperti remaja, pelajar sekolah dan universiti. Program-program yang disusun pula perlu diadakan secara terus-menerus terutama dalam tempoh sebulan perayaan kemerdekaan. Asri menambah, program patriotisme itu juga tidak harus dibataskan kepada tempat-tempat yang klise seperti dewan orang ramai. Rasanya tidak salah jika kempen menanam semangat patriotisme turut dipanjangkan ke tempat-tempat ibadah. ''Semua pihak patut membantu kerajaan membetulkan persepsi bahawa patriotisme adalah semangat cintakan negara dan bukannya cintakan parti politik. Patriotisme sebenarnya lebih daripada itu," katanya kepada Utusan Malaysia.

Apa sekalipun, matlamat dan pelaksanaannya mestilah menjurus kepada penyemaian semangat mempertahankan kemerdekaan yang bebas daripada elemen-elemen bipartisan yang memisahkan. Ini mungkin sesuatu yang terlalu bercita-cita tinggi kerana apa yang mungkin masih gagal untuk dicapai selepas 53 tahun merdeka ialah penyatuan bangsa Malaysia dalam erti kata sebenar.

Mungkin pada dasarnya, kita mampu memaparkan wajah-wajah pelbagai kaum yang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu di negara ini. Namun jauh di sudut hati setiap rakyat Malaysia, adakah perasaan itu benar-benar wujud dan dihayati?

Bagi Asri, meskipun garis pemisah antara kaum itu masih lagi tebal, ia adalah hasil dan kesan secara langsung daripada sistem seperti politik dan pendidikan yang telah setengah kurun diamalkan di negara ini. Ia bukanlah sesuatu yang muncul secara tiba-tiba dan merupakan hakikat yang harus diterima. Di sebalik garis pemisahan itu, setiap rakyat Malaysia sebenarnya amat cintakan negara.

Bagi Asri juga, pergeseran antara kaum jika ada sekali pun, adalah bermusim iaitu ketika pilihan raya dan bersifat peribadi di kalangan ahli politik yang tidak matang dan golongan subversif yang sengaja tidak peka dengan dasar, rukun negara serta Perlembagaan.

Jika kumpulan ini tegar memperlecehkan sensitiviti kaum serta agama, maka kemerdekaan 53 tahun tidak akan memberi apa-apa erti. ''Tetapi hakikatnya, rakyat negara ini tetap bersatu padu dalam kebanyakan perkara. Saya yakin tiada mana-mana kaum pun mahu melihat negara ini hancur.

"Saya percaya erti kemerdekaan 53 tahun boleh dilihat dari sudut kesedaran mahu mempertahankan kemakmuran dan kemahuan untuk terus merdeka daripada menjadi boneka anasir asing," jelas Asri. Lebih daripada itu, kita juga perlu menyedari bahawa penjajahan boleh berlaku pada bila-bila masa dan menerusi pelbagai cara.

Meskipun bukan secara fizikal seperti terlibat dalam peperangan, tetapi penjajahan boleh berlaku dari sudut sosio budaya, agama, pemikiran, ideologi dan ekonomi.

Malah, penjajahan bentuk baru itu sebenarnya lebih berbahaya kerana ia akan menghapuskan jati diri dan identiti bangsa, meskipun kita mungkin tidak kehilangan negara. Nikmat kemerdekaan itu juga bukanlah sesuatu yang sekadar untuk dinikmati dan dikecapi. Sebaliknya, ia diwarisi oleh generasi masa depan yang akan meneruskan perjalanan negara.


P/S:bagi saya"kemerdekaan membawa maksud yang amat mendalam sekali '

menyelaminya adalah semangat pengertian yang amat bermakna dalam hidup kita*

Yang mana kita mengenali betapa susahnya org terdahulu dari kita untuk mencapai kemerdekaan tersebut *

andai kita lupa akan jasa perjuangan mereka adalah umpama kita membuang menghina darah kita sendiri.

Dimana mereka bersusah payah 'dan menumpah darah demi untuk memastikan setiap kejayaan dan nikmat kebahgiaan kita sekarang ini tercapai.

apakah warisan kita akan sentiasa ada..pada masa akan datang?


0 comments:

Post a Comment

 

Labels