Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

Rakyat Malaysia diajak iktiraf, hormati, keistimewaan setiap kaum

| | Sunday, November 14, 2010
|

Rakyat Malaysia diajak iktiraf, hormati, keistimewaan setiap kaum

SUNGAI PETANI 13 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua rakyat supaya mengiktiraf hak dan keistimewaan setiap kaum yang ada di negara ini dengan berpandukan semangat 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut penting bagi membolehkan rakyat negara ini terus hidup dalam keadaan baik dan tidak berpecah-belah.

Malah katanya, amalan hormat-menghormati juga amat diperlukan bagi memastikan matlamat pembentukan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan rakyatnya sendiri tercapai.

"Marilah kita iktiraf hak-hak kaum Malaysia dengan baik. Walaupun rakyat keturunan India yang mungkin bilangan sekitar 10 peratus daripada populasi, kita beri sokongan dan galakan kepada mereka.

"Begitu juga masyarakat Tionghoa, Melayu, bumiputera lain, kita harus mengakui, mencintai semua budaya serta menghormati semua agama.

"Kita tidak boleh berjaya kalau tak bertanggungjawab menjalankan usaha bersama," katanya dalam ucapan perasmian Rumah Terbuka Malaysia sempena perayaan Deepavali 2010 di Taman Keladi, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Lebih 20,000 masyarakat pelbagai kaum hadir pada rumah terbuka berkenaan yang pertama kali diadakan di negeri ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Exco Kerajaan negeri, S. Manikumar yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Muhyiddin, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat menekankan konsep perpaduan kaum sejak sekian lama dan ia kini diperkukuhkan lagi menerusi gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Di samping berjuang dalam satu masyarakat majmuk dan muhibah, kerajaan tidak lupa akan sifat-sifat KeMalaysiaan.

"Antara nilai penting yang menjadi teras kita dan perlu diterapkan pada setiap rakyat ialah hormat-menghormati antara satu sama lain, mengamal budi bahasa dan menterjemahkannya menerusi 1Malaysia," katanya.

Tambah beliau, dalam kejadian banjir besar di Kedah dan Perlis baru-baru ini, rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa mereka mempraktikkan amalan tersebut dengan menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

"Saya melihat semangat yang ditunjukkan adalah amat tinggi. Mereka bantu tidak mengira latar belakang kaum. Kerajaan juga tidak tanya dahulu kepada mereka apakah fahaman politik atau agama, yang kita tanya apakah kesusahan yang mereka hadapi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, penganjuran rumah terbuka dalam setiap perayaan utama juga merupakan elemen penting kerana ia dapat menyatukan semua rakyat negara ini.

"Menghormati dan kunjung-mengunjung ke rumah terbuka adalah salah satu amalan menyatukan rakyat.

"Apabila kerajaan menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran, ia bermakna kita memberikan penghargaan kepada setiap kaum.

"Kalaulah ada antara orang yang cuba halang perpaduan maka kita anggap mereka adalah golongan yang tidak berpandangan jauh," tegasnya.

Sementara itu, Subramaniam berkata, beliau selaku wakil masyarakat India mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi masyarakat itu.


0 comments:

Post a Comment

 

Labels