Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air

| | Sunday, November 14, 2010
|

BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air bersih

BACHOK 12 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan krisis bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama di negeri ini boleh diselesaikan dalam tempoh tiga tahun jika rakyat memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyifatkan tempoh 17 tahun untuk rakyat negeri ini menikmati bekalan air bersih sepenuhnya seperti diumumkan Kerajaan Pas Kelantan adalah sesuatu yang menyedihkan selain membuktikan kegagalan mereka dalam menangani isu rakyat.

“Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu sehingga 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat beri kepercayaan kepada BN memerintah negeri.

“Kita percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewat satu penggal pemerintahan.

“Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu selama 17 tahun lagi atau hanya dalam tempoh tiga tahun dan ini satu jaminan buat rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tan Sri Annuar Musa; Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dan semua pemain pasukan The Red Warriors.

Hampir 5,000 peminat turut membanjiri dataran tersebut bagi menyambut ketibaan piala berprestij yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 30 Oktober lalu, Kelantan menewaskan penyandang juara, Negeri Sembilan 2-1 sekali gus mencipta sejarah penantian selama 89 tahun dalam siri Liga Piala Malaysia.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan percaya jika rakyat negeri ini perlu menunggu sehingga 2027 untuk mendapat bekalan air bersih, negeri itu akan terus ketinggalan pada masa depan.


info utusan

0 comments:

Post a Comment

 

Labels