Assalammualaikum! Selamat datang ke ruangan badan perhubungan umno .
Don't be hesitated to contact us if you have something to say.

3 prinsip penting negara

| 0 comments | Sunday, November 14, 2010
|

3 prinsip penting pembangunan negara dan rantau - TPM

PETALING JAYA 13 Nov. - Setiap negara serta rantau di dunia perlu mendukung tiga prinsip penting dalam pembangunan masing-masing iaitu mewujudkan pentadbiran kerajaan yang baik, masyarakat berdedikasi serta rakyat yang bersatu- padu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehubungan itu mengingatkan belia-belia Asia yang akan mengetuai kepimpinan negara masing-masing pada masa depan supaya memahami serta menghormati kebudayaan negara lain bagi memastikan kesemua prinsip itu dijaga dengan baik.

"Dalam kes Malaysia, konsep 1Malaysia menunjukkan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dalam keadaan yang harmoni.

"Pemahaman sebegini membolehkan para pemuda dan pemudi seperti anda untuk kekal berhubung di antara satu sama lain seterusnya mewujudkan keamanan serta kesejahteraan di antara negara kita semua," katanya dalam ucapan menyambut ketibaan 319 belia dari Jepun dan 10 negara Asia Tenggara yang terlibat dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-37 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu. Hadir sama Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie.

Ping Sieu dalam sidang akhbar selepas itu memberitahu, Kabinet Jepun membuat keputusan untuk meneruskan program SSEAYP pada tahun-tahun mendatang walaupun dunia kini menghadapi kesukaran ekonomi.

Menurutnya, program itu penting kerana ia berupaya mendekatkan hubungan para peserta dari pelbagai negara seterusnya membolehkan mereka memahami serta menghormati kebudayaan masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Masahiko berkata, program SSEAYP yang menggunakan kapal Fuji-maru kali ini mencatatkan rekod tersendiri apabila jumlah keseluruhan peserta kini melebihi 10,000 orang sejak ia diperkenalkan pada 1974.

Katanya, kapal itu memulakan pelayaran dari Jepun pada 4 November lalu dengan Malaysia sebagai negara persinggahan pertama dalam program SSEAYP kali ini sebelum meneruskan pelayaran ke Thailand, Indonesia, Singapura serta Vietnam dan akan kembali semula ke Jepun pada 15 Disember ini.

Kesemua 319 peserta itu tinggal bersama-sama di atas kapal Fuji-maru selama 42 hari bagi mengenali kebudayaan masing-masing dan turut diserahkan kepada keluarga angkat di setiap negara persinggahan.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun itu dimulakan pada 1974 serta membabitkan belia dari kesemua 10 negara ASEAN.


Rakyat Malaysia diajak iktiraf, hormati, keistimewaan setiap kaum

| 0 comments |
|

Rakyat Malaysia diajak iktiraf, hormati, keistimewaan setiap kaum

SUNGAI PETANI 13 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua rakyat supaya mengiktiraf hak dan keistimewaan setiap kaum yang ada di negara ini dengan berpandukan semangat 1Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara tersebut penting bagi membolehkan rakyat negara ini terus hidup dalam keadaan baik dan tidak berpecah-belah.

Malah katanya, amalan hormat-menghormati juga amat diperlukan bagi memastikan matlamat pembentukan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan rakyatnya sendiri tercapai.

"Marilah kita iktiraf hak-hak kaum Malaysia dengan baik. Walaupun rakyat keturunan India yang mungkin bilangan sekitar 10 peratus daripada populasi, kita beri sokongan dan galakan kepada mereka.

"Begitu juga masyarakat Tionghoa, Melayu, bumiputera lain, kita harus mengakui, mencintai semua budaya serta menghormati semua agama.

"Kita tidak boleh berjaya kalau tak bertanggungjawab menjalankan usaha bersama," katanya dalam ucapan perasmian Rumah Terbuka Malaysia sempena perayaan Deepavali 2010 di Taman Keladi, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Lebih 20,000 masyarakat pelbagai kaum hadir pada rumah terbuka berkenaan yang pertama kali diadakan di negeri ini.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Exco Kerajaan negeri, S. Manikumar yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurut Muhyiddin, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat menekankan konsep perpaduan kaum sejak sekian lama dan ia kini diperkukuhkan lagi menerusi gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Di samping berjuang dalam satu masyarakat majmuk dan muhibah, kerajaan tidak lupa akan sifat-sifat KeMalaysiaan.

"Antara nilai penting yang menjadi teras kita dan perlu diterapkan pada setiap rakyat ialah hormat-menghormati antara satu sama lain, mengamal budi bahasa dan menterjemahkannya menerusi 1Malaysia," katanya.

Tambah beliau, dalam kejadian banjir besar di Kedah dan Perlis baru-baru ini, rakyat Malaysia berjaya membuktikan bahawa mereka mempraktikkan amalan tersebut dengan menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

"Saya melihat semangat yang ditunjukkan adalah amat tinggi. Mereka bantu tidak mengira latar belakang kaum. Kerajaan juga tidak tanya dahulu kepada mereka apakah fahaman politik atau agama, yang kita tanya apakah kesusahan yang mereka hadapi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, penganjuran rumah terbuka dalam setiap perayaan utama juga merupakan elemen penting kerana ia dapat menyatukan semua rakyat negara ini.

"Menghormati dan kunjung-mengunjung ke rumah terbuka adalah salah satu amalan menyatukan rakyat.

"Apabila kerajaan menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran, ia bermakna kita memberikan penghargaan kepada setiap kaum.

"Kalaulah ada antara orang yang cuba halang perpaduan maka kita anggap mereka adalah golongan yang tidak berpandangan jauh," tegasnya.

Sementara itu, Subramaniam berkata, beliau selaku wakil masyarakat India mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi masyarakat itu.


Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas

| 0 comments |
|

Najib diberi tepukan semasa kembali bertugas
12/11/2010 10:46am




















PUTRAJAYA 12 Nov — Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas dengan mempengerusikan mesyuarat kabinet pagi ini selepas sembuh sepenuhnya daripada serangan cacar dan sakit ulser.

Perdana Menteri, yang tiba di pejabatnya pada 9.20 pagi, kelihatan tersenyum dan menyapa petugas-petugasnya sebelum memasuki Bilik Mesyuarat 10 minit kemudian.

Beliau disambut dengan tepukan oleh menteri-menteri kabinet yang terlebih awal menunggu.

Najib diserang cacar akhir bulan lalu dan kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 28 Okt akibat ulser serta gastritis ringan sebelum dibenarkan pulang pada Ahad dan dinasihatkan berehat. — Bernama

BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air

| 0 comments |
|

BN janji tiga tahun selesai krisis bekalan air bersih

BACHOK 12 Nov. – Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan krisis bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama di negeri ini boleh diselesaikan dalam tempoh tiga tahun jika rakyat memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyifatkan tempoh 17 tahun untuk rakyat negeri ini menikmati bekalan air bersih sepenuhnya seperti diumumkan Kerajaan Pas Kelantan adalah sesuatu yang menyedihkan selain membuktikan kegagalan mereka dalam menangani isu rakyat.

“Saya sangat kesal dan terkejut apabila mengetahui rakyat Kelantan perlu menunggu sehingga 17 tahun lagi untuk mendapat bekalan air bersih. Masalah ini boleh diatasi kalau rakyat beri kepercayaan kepada BN memerintah negeri.

“Kita percaya masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa dua atau tiga tahun sahaja atau paling lewat satu penggal pemerintahan.

“Terserah kepada rakyat Kelantan nak tunggu selama 17 tahun lagi atau hanya dalam tempoh tiga tahun dan ini satu jaminan buat rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menyambut ketibaan pemain bola sepak Kelantan dan perarakan Piala Malaysia di Dataran Perahu di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tan Sri Annuar Musa; Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan dan semua pemain pasukan The Red Warriors.

Hampir 5,000 peminat turut membanjiri dataran tersebut bagi menyambut ketibaan piala berprestij yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil 30 Oktober lalu, Kelantan menewaskan penyandang juara, Negeri Sembilan 2-1 sekali gus mencipta sejarah penantian selama 89 tahun dalam siri Liga Piala Malaysia.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan percaya jika rakyat negeri ini perlu menunggu sehingga 2027 untuk mendapat bekalan air bersih, negeri itu akan terus ketinggalan pada masa depan.


info utusan

ucapan tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pelajar UPSR yang berjaya

| 0 comments |
|

Muhyiddin Congratulates UPSR Candidates

KUALA LUMPUR, Nov 13 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin congratulated those who have done well in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and advised those who did not do well not to be disheartened, saying "it's not the end of the road."

"I would like to congratulate all students who had performed well in the recent UPSR examination. I am very proud of you and I am sure that your family, your teachers and the entire nation also feel the same.

"For those who did not do well, this is not the end of the road. It is the beginning of a long journey. There are lots to achieve and may we all work harder for the future," Muhyiddin who is also Education Minister said in a statement emailed to Bernama on Saturday.

The UPSR results were announced on Thursday which saw an increase in the percentage of those obtaining all As, from 9.51 per cent last year to 10.02 per cent this year.

Muhyiddin, who is currently in Yokohama, Japan, to attend the Apec Summit, also paid tribute to teachers, saying their hard work and dedication made the success possible.

"To the parents, I congratulate you for your children's achievement and hope that you will continue to provide the much needed support and encouragement to them.

"To alI top achievers, I believe that your exemplary achievement will set a high benchmark for others to emulate. I hope that you will continue to work harder in the future to sustain your academic excellence and contribute to the progress of our nation," he added.

Muhyiddin said the government would continuously enhance the quality of education and that the recent UPSR results were a clear testimony of the government's effort to provide quality education for all.

-- BERNAMA


Gunung Merapi hambur awan panas

| 0 comments | Thursday, November 11, 2010
|

Gunung Merapi hambur awan panas


GAMBAR yang dirakamkan dari Klaten, Indonesia
menunjukkan Gunung Merapi mengeluarkan awan panas semalam.









JAKARTA - Gunung Merapi di Pulau Jawa masih mengeluarkan awan panas semalam selepas letusan pertama pada 26 Oktober lalu. "Walaupun letusan semakin berkurangan, ia tidak bermakna bahawa aktiviti di gunung tersebut telah perlahan.

"Justeru kami kini mengekalkan status pada peringkat tertinggi," kata ketua sebuah agensi vulkanologi, Surono.

Jumlah kematian akibat letusan itu meningkat kepada 191 orang semalam manakala 320,000 orang terpaksa meninggalkan rumah akibat debu panas.

Bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Cathay Pasific, ValueAir dan Qantas masih membatalkan penerbangan ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta semalam.

Menurut seorang pegawai yang memantau operasi di lapangan terbang itu, Syaiful Bahri, kebimbangan mengenai debu panas memaksa beberapa penerbangan membatalkan lagi penerbangan yang mendarat dan berlepas.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke Jakarta pada minggu lalu selepas Gunung Merapi meletus dengan kuat. - Agensi


MORE INFO AT "BLOGGERS"


P/S:salam takziah pada semua keluarga mangsa yang terlibat"

kami disini mendoakan semoga"berada dalam keadaan selamat"


Banjir di Kedah, Perlis MAKIN PULIH

| 0 comments |
|











Banjir di Kedah, Perlis makin pulih

ALOR SETAR 10 Nov. - Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila bilangan mangsa yang dipindahkan terus berkurangan hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Majlis Keselamatan Negara ketika dihubungi berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang masih berada di 24 pusat pemindahan banjir berkurangan kepada 11,495 berbanding 16,915 petang kelmarin.

Di daerah Kota Setar, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 7,208 daripada 1,829 keluarga manakala di Kubang Pasu seramai 4,287 daripada 1,221 keluarga.

Jurucakap itu berkata, sebanyak 24 pusat pemindahan masih dibuka 14 daripadanya di Kota Setar dan 10 di Kubang Pasu.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Khas Banjir negeri akan mengadakan mesyuarat pertama Jumaat ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pendaftaran dan bantuan pasca banjir kepada mangsa.

Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, mesyuarat itu akan dihadiri oleh jabatan kerajaan berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) serta wakil rakyat.

Sementara itu di KANGAR, keadaan kawasan yang dilanda banjir di Perlis semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan.

Menurut jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 1 tengah hari ini hanya 1,367 mangsa daripada 280 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan itu.

Beliau berkata, hanya 11 pusat pemindahan yang masih beroperasi di negeri ini terutama di daerah ini.


Rakyat P. Pinang kecewa

| 0 comments |
|

Rakyat P. Pinang kecewa kerajaan gagal bangunkan ekonomi

BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Rakyat negeri ini kecewa dengan kegagalan kerajaan DAP untuk membangunkan ekonomi sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan perindustrian yang selama ini menjadi nadi utama pembangunan negeri ini.

Kakitangan swasta, Wan Nuratiqah Wan Adnan, 25, berkata, adalah amat malang sekiranya reputasi Pulau Pinang sebagai pusat pelancongan terkenal tidak digilap dan dibangunkan kerana ia akhirnya akan merugikan rakyat.

''Harus diakui Pulau Pinang tidak lagi popular seperti dulu dan saya fikir kerajaan negeri wajar mengambil langkah-langkah pembaharuan kalau tidak mahu melihat industri pelancongan terus malap," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Oh Teong Keong semalam menyelar kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang didakwa tidak memberikan maklumat yang betul mengenai industri pelancongan di negeri itu.

Sebelum ini katanya, Guan Eng mendakwa industri pelancongan di Pulau Pinang 'tidur' selama 18 tahun, namun kini kerajaan DAP sendiri gagal memperkenalkan program baru sebaliknya bergantung pada program yang sudah diwujudkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Malah, kerajaan DAP juga gagal mempromosikan Georgetown sebagai tapak warisan dunia.

Bagi pengamal undang-undang, Ahamad Ansor, 38, kritikan terhadap kepimpinan Guan Eng mengenai kegagalan dalam membangunkan ekonomi rakyat perlu diberi perhatian sewajarnya.

''Sebenarnya ia bukan hanya berkisar soal pelancongan semata-mata sebaliknya perlu dilihat dari aspek pembangunan sektor industri yang selama ini menjadi antara penyumbang utama sektor ekonomi negeri," katanya.

Pandangan itu disokong Tang Siew Wah, 40, yang berpendapat, kerajaan negeri perlu berhenti daripada terus bermain politik sebaliknya menumpukan perhatian terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.

Juruperunding swasta, Kamil Kamaruddin, 32, pula berpendapat, kerajaan negeri perlu ikhlas menerima hakikat bahawa sektor ekonomi terutamanya industri pelancongan Pulau Pinang sedang merudum dan mesti berusaha membaikinya.

Peniaga, M.K Suresh, 40, berkata, rakyat sudah terlalu bosan dengan politiking yang berlaku dalam kepimpinan kerajaan negeri kerana ia hanya merencatkan keperluan untuk membangunkan ekonomi.


INFONEWS-UTUSAN


Kontraktor kelas A diminta cebur diri buka kilang

| 0 comments |
|

Kontraktor kelas A diminta cebur diri buka kilang

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kontraktor bumiputera kelas A digalak menceburkan diri sebagai pengilang dan pengeluar bagi mewujudkan rantaian perniagaan yang kuat di kalangan peniaga bumiputera.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, rata-rata kontraktor tersebut berkemampuan di segi kewangan dan seharusnya berani membuka kilang supaya dapat memberi manfaat kepada usahawan Melayu.

Menurut beliau, sektor pembinaan yang dimonopoli oleh kaum lain memungkinkan berlakunya sabotaj terhadap kontraktor bumiputera sehingga boleh menyebabkan kerugian besar.

"Apabila syarikat bumiputera berkemampuan menjadi pengilang, mereka boleh mewujudkan satu jaringan di peringkat pembekal, pemasangan dan logistik sesama sendiri.

"Bila usahawan bumiputera bersatu, industri pembinaan negara tidak lagi dilihat hanya dimonopoli oleh sesetengah pihak sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pengilang dan Pengeluar Komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) Bumiputera di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Guild of Bumiputera Contractors (GBC), Datuk Mohd. Said Mat Saman dan Timbalan Ketua Pengarah (Usahawan) Majlis Amanah Rakyat (Mara), Abdul Rahim Abdul Ghani.

Seminar yang membincangkan mengenai industri pembinaan mengunakan IBS itu bertujuan memberikan pendedahan kepada kontraktor bumiputera peluang dan potensi industri IBS.

Selain itu, seminar tersebut juga akan membincangkan kaedah terbaik di kalangan syarikat bumiputera supaya dapat mewujudkan rantaian pembinaan sesama sendiri.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, walaupun bidang IBS bukan baru di negara ini tetapi potensinya masih lagi luas.

Tambah beliau, pembinaan menggunakan sistem IBS juga merupakan industri yang sedang pesat berkembang selepas kerajaan mengumumkan sekurang-kurangnya 70 peratus komponen IBS perlu digunakan dalam sektor pembinaan.

"Walaupun ini bukan bidang baru tetapi usahawan bumiputera masih berpeluang menceburi bidang itu sebagai pengilang dan pengeluar.

"Usahawan bumiputera boleh merebut peluang ini selepas kerajaan mengumumkan penguatkuasaan penggunaan IBS dalam setiap projek milik kerajaan yang dilaksanakan sejak tahun ini," ujarnya.


Juara Sukan Sekolah

| 0 comments |
|

Kita juara Sukan Sekolah Rendah ASEAN



MUHYIDDIN Yassin membelek salah satu daripada empat pingat emas
yang dimenangi oleh Yeoh Li Tian semasa meraikan 26 atlet
Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang muncul juara keseluruhan
pada Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN di Putrajaya, semalam.







PUTRAJAYA 10 Nov. - Malaysia terus menunjukkan keunggulannya dalam bidang sukan sekolah di peringkat antarabangsa apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Olimpiad Sukan Sekolah Rendah ASEAN (APSSO) di Jakarta, Indonesia minggu lalu.

Ini berikutan kecemerlangan kontinjen negara merangkul sembilan pingat emas, satu perak dan lima gangsa.

Kejayaan kontinjen Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) itu diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada satu majlis ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Penasihat Sukan Kementerian Pelajaran, Datuk Wira Mazlan Ahmad; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dan Ketua Kontinjen MSSM, Ee Hong dari Bahagian Sukan kementerian berkenaan.

Bagi temasya edisi keempat APSSO itu, kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 26 orang atlet dan 10 orang pegawai berjaya membawa pulang satu pingat emas masing-masing menerusi acara bola sepak dan olahraga manakala badminton (tiga emas) dan catur (empat emas).

Acara olahraga turut menyumbangkan satu pingat perak dan satu gangsa manakala empat lagi gangsa diperoleh menerusi badminton perseorangan perempuan, catur perseorangan perempuan masing-masing bagi kategori standard dan rapid serta pingpong.

Kejohanan yang berlangsung dari 4 hingga 10 November itu turut disertai oleh kontinjen dari Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

APSSO yang mula dianjurkan pada 2007 merupakan inisiatif Indonesia dalam usaha menampilkan keupayaan murid-murid sekolah ASEAN dalam bidang sukan selain membina persahabatan yang kukuh di kalangan mereka.


info utusan


Zahid nafi pertikai kesetiaan bukan Melayu

| 0 comments |
|

Zahid nafi pertikai kesetiaan bukan Melayu

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau mempertikaikan kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu berhubung isu penyertaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurutnya, beliau langsung tidak berniat berbuat demikian kerana sedar bahawa masyarakat bukan Melayu turut menganggotai ATM dan pasukan keselamatan lain bagi sama-sama mempertahankan negara.

"Saya tidak pernah menyatakan begitu. Jauh sekali berniat atau bermaksud sedemikian.

"Apa yang saya nyatakan, ia berkemungkinan disebabkan beberapa perkara yang antaranya adalah kerana semangat patriotisme belum cukup tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akhbar The Star dan Guang Ming Daily hari ini memetik kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran yang menuduh Zahid mempertikai kesetiaan dan integriti kaum bukan Melayu ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat semalam.

Kulasegaran yang mempertikaikan jawapan Zahid itu turut mendesak Zahid memohon maaf.

Bagaimanapun beliau membuat desakan tersebut sewaktu Zahid telah pun keluar daripada Dewan.

Beliau menambah, jawapan yang diberi turut menyelitkan kemungkinan lain termasuk kekhuatiran terhadap disiplin yang ketat dalam ATM.

"Ia juga berkemungkinan kerana ganjaran yang kurang berbanding tawaran sektor swasta serta tiada galakkan keluarga dan kelompok etnik akibat pelbagai prasangka negatif," katanya.


p/s: mungkin tersilap pemahaman"

sebab 1 malaysia 'pelbagai kaum"pebagai bahasa"

pemahaman dan pengertian yang berbeza"


Najib - mesyuarat Kabinet esok

| 0 comments |
|

Najib dijangka pengerusikan mesyuarat Kabinet esok

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka kembali bertugas dalam tempoh terdekat setelah disahkan sembuh daripada penyakit ulser dan cacar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Perdana Menteri menjalani ujian endoskopi di Hospital Selayang pagi ini yang menunjukkan ulser yang dialaminya telah sembuh, katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Mohd. Ismail berkata, doktor-doktor peribadi Perdana Menteri mendapati tahap kesihatan beliau menunjukkan kemajuan yang amat baik dan beliau boleh kembali bertugas seperti biasa.

"Beliau dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinet Jumaat ini," katanya.

Najib, yang diserang cacar lewat bulan lepas, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Khamis lepas akibat penyakit ulser serta gastritis ringan.

Beliau dibenarkan pulang pada Ahad lepas dan dinasihatkan berehat. - BERNAMA


Air bersih- Rakyat Kelantan perlu tunggu 17 tahun lagi?

| 0 comments |
|















Air bersih: Rakyat Kelantan perlu tunggu 17 tahun lagi?



KOTA BHARU 10 Nov.- Rakyat negeri ini terutama di kawasan luar bandar terpaksa menunggu selama 17 tahun lagi untuk menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri melalui syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sedang berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke seluruh negeri dalam tempoh tersebut.

"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Halim dalam soalannya meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sama ada kerajaan Pas Kelantan bercadang untuk menyediakan bekalan air bersih di setiap kampung di negeri ini dan bila masalah tersebut akan dapat diselesaikan.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan telah membuat pelbagai kenyataan selepas diasak oleh pelbagai pihak ekoran kegagalan mereka untuk menguruskan air di negeri ini.

Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

Pengurus Hal Ehwal Pelanggan AKSB ketika itu, Nik Raihan Abd. Rahman berkata, masalah seperti tekanan air rendah dan kualiti air yang berkarat akan dapat diatasi dalam tempoh berkenaan.

Tiga tahun kemudian, pada Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

Beliau pada 22 Mei tahun lalu sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit), Md. Anizam berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM36.9 juta pada tahun lalu untuk membina kemudahan kepada rakyat seperti pembinaan masjid, jalan, membina dan memperbaiki rumah.

"Bagi membina dan memperbaiki jalan kampung, pada 2008 kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta; 2009 (RM10 juta) dan 2010 sebanyak RM10 juta.

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan rakyat, sebagai contoh semalam kita menambah peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk memperbaiki jalan kampung," katanya.

post by utusan

p/s: isu air pun masih tak settle lagi"

tu belum lagi termasuk kes banjir setiap tahun yang di alami."



UMNO Kedah mahu kerajaan negeri menarik balik larangan terhadap media

| 0 comments |
|

Kerajaan Kedah diminta tarik kembali larangan liputan media

11/11/2010 5:39pm

ALOR SETAR 11 Nov. - UMNO Kedah mahu kerajaan negeri menarik kembali larangan terhadap media tertentu daripada membuat liputan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri mulai Ahad hingga Selasa ini.

Sekiranya larangan itu tidak ditarik balik, Anggota Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional (BN) akan membawa usul pada persidangan itu supaya semua media dibenarkan membuat liputan tanpa sebarang pengecualian.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, larangan berkenaan adalah satu tindakan yang menyekat kebebasan media untuk membuat laporan dan menunjukkan sikap permusuhan kerajaan negeri dengan media tertentu.

Katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini media dihalang daripada membuat laporan persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Sekatan terhadap kebebasan media amat dikesalkan dan ia merupakan satu pencabulan Pas terhadap kebebasan media,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata mengulas larangan kerajaan negeri terhadap TV3, TV9, NTV7, RTM, Astro Awani, Utusan Malaysia, Kosmo, Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro daripada membuat liputan sidang berkenaan atas alasan “putar belit dan berita biadap pihak media terhadap kerajaan negeri”. - Bernama


Muhyiddin mahu Sabah rintis jalan

| 0 comments |
|

Muhyiddin mahu Sabah rintis jalan agar BN menang besar





























11/11/2010 4:30pm

PENAMPANG 11 Nov. - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Sabah merintis jalan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan yang lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi baru-baru ini merupakan titik permulaan kebangkitan parti itu selepas berdepan cabaran getir dalam pilihan raya umum lepas.

"Mungkin di Sabah (senario politik 2008) tidak segetir berbanding di Semenanjung kerana Sabah ini masih kuat yang digelar sebagai ”simpanan tetap” untuk BN.

"Namun kemenangan ini tidak seharusnya menjadikan kita leka. Kita tidak boleh mendabik dada dan merasa sombong hanya dengan dua kemenangan pilihan raya kecil (di Batu Sapi dan Galas) kerana di hadapan kita (keadaan politik) amat mencabar,” katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Hongkod Koisaan, dekat sini hari ini. Turut hadir Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Muhyiddin berkata, walaupun agak terlalu awal bagi BN membuat sebarang ramalan, beliau berkeyakinan BN akan terus menjadi pilihan utama rakyat negara ini. - Bernama


 

Labels